Together we stop the pandemic #COVID-19
Together we stop the pandemic #COVID-19

Penyakit berkaitan perut, usus tunjuk trend peningkatan – MSGH

  • Keratan Akhbar
  • Jumlah paparan: 756

CxvgKAqS pp cms 4

KOTA BHARU: Penyakit membabitkan perut dan usus di Malaysia menunjukkan trend peningkatan setiap tahun dengan mangsa termuda dikesan setakat ini berusia enam bulan.

Presiden Persatuan Gastroenterologi dan Hepatologi Malaysia (MSGH) Prof Dr. Lee Yeong Yeh berkata kebiasaannya pesakit di peringkat umur 50 tahun didiagnosis mengalami penyakit tersebut, namun trend mula berubah sejak beberapa tahun kebelakangan yang melibatkan golongan lebih muda.

“Bayi berusia enam bulan yang dikesan mengalami penyakit berkaitan perut dan usus itu didapati hilang selera makan, kekurangan zat dan kerencatan tumbesaran,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr. Lee berkata seramai 2,105 pesakit berkaitan usus dan perut dikesan sejak 2013 di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sahaja.

Ia membabitkan pesakit rujukan dari dalam dan luar Kelantan, yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

Beliau berkata antara penyebab utama penyakit berkenaan ialah gangguan motiliti iaitu fungsian saraf dan otot di usus dengan hampir 50 peratus daripada pesakit yang didiagnosis dikesan berpunca daripada perubahan gaya hidup yang tidak sihat terutama faktor pemakanan.

Menurut Dr. Lee, pengesanan awal penyakit berkaitan usus sangat penting bagi memastikan pesakit menerima rawatan yang tepat dan cepat sekaligus mengelak komplikasi yang lebih teruk.

Cetak