Together we stop the pandemic #COVID-19
Together we stop the pandemic #COVID-19

Penagih air ketum boleh diserang penyakit sawan

  • Keratan Akhbar
  • Jumlah paparan: 1004

kkkkkk

PASIR PUTEH: Penagih air ketum berpotensi di serang penyakit sawan kerana minuman itu boleh memberikan kesan kepada sel-sel otak.

Perkara tersebut didedahkan oleh  Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian di sini apabila mendapati pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat sawan didapati positif air ketum.

Timbalan Pengarahnya, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria berkata, perkara itu diketahui selepas pihaknya melakukan ujian ketum ke atas individu menerusi saringan air kencing.

“Pengambilan berlebihan ketum dalam tempoh yang lama boleh mengganggu sel-sel otak. Bila sel-sel otak rosak ia boleh menyebabkan penagih ketum ini bertindak diluar jangkaan.

“Kerosakan ini berpunca daripada campuran bahan-bahan yang digunakan seperti ubat batuk, ubat nyamuk dan lain-lain. Bahan ini dicampur dengan tujuan mengurangkan rasa pahit selain membangkitkan rasa ‘khayal’ semasa pengambilan bahan terlarang itu,” katanya kepada pemberita selepas Seminar Bahaya Penagihan Ketum di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jawa, di sini hari ini.

Dr. Zaidi memberitahu, akibat serangan itu ada dalam kalangan penagih ketum terpaksa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Katanya, jika terputus bekalan penagih ketum berdepan kesan gian seperti menggigil, rasa lemah, kurang bermaya, hidung berair dan tidak senang duduk.

“Jadi saya harap golongan ibu bapa dan masyarakat dapat mengambil serius perkara ini kerana kesan pengambilan ketum amat buruk jika tidak dibendung dengan sebaik mungkin,” ujarnya.-UTUSAN

Cetak