Together we stop the pandemic #COVID-19
Together we stop the pandemic #COVID-19

Garis Panduan Penulisan Artikel

  • Info
  • Jumlah paparan: 4174
GARIS PANDUAN MENULIS ARTIKEL BAGI INFORMASI AWAM (UMUM)
SUMBER INFORMASI PERUBATAN COVID 19 USM-KPJ
 
Peraturan untuk artikel umum:
  1. Semua artikel perlu ditulis di dalam Bahasa Melayu tetapi penulisan di dalam bentuk dwi bahasa seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu amat digalakkan.
  2. Manuskrip perlu ditulis dalam bentuk MS word
  3. Manuskrip boleh dalam bentuk artikel atau soaljawab.
  4. Double spacing, Margin 2.5 cm each side
  5. Font: Arial, 12
  6. Mukasurat Pertama:
  7. Tajuk Artikel
  8. Tarikh: artikel ditulis
  9. Nama penulis dan penulis bersama berserta alamat tempat bertugas
  10. Nama bagi pengarang koresponden, alamat, alamat emel
  11. Artikel dan senarai rujukan atau sumber di akhir artikel.
  12. Maklumat dalam bentuk infografik juga dibenarkan untuk dimuatkan dalam laman web dengan syarat menggunakan hakcipta sendiri atau mendapatkan kebenaran pihak tertentu sekiranya dipetik dari sumber lain
  13. Minimum: 300 patah perkataan dan maksimum 2000 patah perkataan
  14. Setiap istilah saintifik yang telah diterjemah perlulah merujuk halaman PUSAT RUJUKAN PERSURATAN MELAYU, DBP sebagaimana alamat di bawah :  http://prpm.dbp.gov.my/
  15. Setiap artikel digalakkan melalui semakan pruf pusat bahasa untuk memastikan penggunaan bahasa yang betul. Sekiranya artikel telah dihantar untukan semakan pruf bahasa, sila kemukakan bukti kepada sekretariat.
 
GENERAL INFORMATION FOR WRITING MANUSCRIPT/ ARTICLE FOR HEALTH PROFESSIONAL/ HEALTH CARE WORKER
COVID 19 MEDICAL INFORMATION CENTER USM-KPJ
 
General guidelines
  1. All manuscript should be written in English, using MS word
  2. The manuscript should be double-spaced on 21.6 × 27.9 cm (letter size) or 21.0 × 29.7 cm (A4) paper, with 2.5 cm margins at the top, bottom, right, and left margin.
  3. Font: Arial, size 12
  4. Title page: Include the following items on the title page: (a) the title of the manuscript; (b) authors’ list; (c) names of each author’s affiliation, (d) the name, phone number, fax number, and e-mail address of the corresponding author
  5. References: List references in the order in which they have been referred to in the article and mark each reference with a number in superscript, appearing at the top-right-hand corner.
  6. Style; Vancouver
  7. Written permission should be obtained for the use of all previously published illustrations (and copies of permission letters should be included)
  8. Maximum words: 4000 words.
  9. The authors are encouraged to send the article for English Language editing services prior to submission. 
 
TERMA HAKCIPTA
  1. Kesemua artikel yang diterbitkan di web ini adalah di bawah hakmilik USM.
  2. Penulis perlu memetik terbitan artikel di web ini sekiranya ingin menghantarnya ke terbitan lain dan hendaklah memberitahu secara bertulis.
  3. USM mempunyai hak untuk menerbitkan semula artikel berkenaan dalam pelbagai bentuk yang difikirkan sesuai daripada masa ke masa.
  4. USM mempunyai hak untuk menyemak, menyunting dan menilai artikel berkenaan.
Bagi pihak sidang editor, kami amat mengalu-alukan penghantaran artikel berkaitan COVID-19 (sama ada kategori umum atau perubatan) untuk dimuat dan dikongsikan dalam dalam laman web Sumber Informasi Perubatan COVID 19 USM-KPJ.
 
Sekiranya berminat untuk menyumbang artikel, sila hantarkan artikel anda kepada Sekretariat melalui email seperti di bawah:
Bagi artikel umum: Pn. Kamarulasikin Kamarulzaman (asikin@usm.my)
Bagi artikel perubatan: Pn. Abdah Karimah Che Md Nor (karimah@usm.my)
Cetak