Together we stop the pandemic #COVID-19
Together we stop the pandemic #COVID-19

COVID-19: HUSM Kubang Kerian nafi bilik bersalin, bedah ditutup

  • Keratan Akhbar
  • Jumlah paparan: 820

KOTA BHARU: Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian menafikan bilik bersalin di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) dan Unit Bedah Dependensi Tinggi (SHDU) hospital berkenaan ditutup disebabkan penularan dan kakitangannya positif COVID-19 seperti tular di media sosial.

Pengarahnya, Prof Datuk Dr Ahmad Sukari Halim, berkata setakat ini tiada sebarang perkhidmatan di HUSM yang ditutup.

"Hasil tindakan pengawalan efektif sejak tiga hari lalu, tidak ada kes positif COVID-19 baharu dikesan di HUSM dan kini beroperasi seperti biasa dengan semua perkhidmatan rawatan berjalan seperti sedia ada.

"Dalam perkara membabitkan penularan atau kes disahkan positif COVID-19, hanya pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sahaja boleh membuat pengumuman awal serta pengesahan sesuatu kes COVID- 19," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

jj

Ahmad Sukari berkata, dalam situasi sekarang, bilangan pesakit termasuk perkhidmatan di dewan bedah dan bilik bersalin perlu dikurangkan sebagai langkah berjaga-jaga.

"Pengurangan pesakit di hospital ini juga selepas mengambil kira situasi semasa jangkitan COVID-19 termasuk kluster sekitar negeri ini yang menunjukkan peningkatan.

Ahmad Sukari berkata, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga kerja serta pelanggan HUSM, termasuk pesakit serta waris menjadi keutamaan pengurusan.

"Sebagai langkah kawalan, HUSM proaktif menjalankan sanitasi sekitar premis secara kerap dan menggiatkan kempen amalan norma baharu kepada warga kerja serta pelanggan," katanya.

Cetak