Together we stop the pandemic #COVID-19
Together we stop the pandemic #COVID-19

USM agih 1,000 bungkus juadah berbuka puasa setiap hari

  • Keratan Akhbar
  • Jumlah paparan: 477

Kota Bharu: Sukarelawan Ihya' Ramadan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) menyediakan 800 hingga 1,000 bungkus juadah berbuka puasa setiap hari sepanjang Ramadan tahun ini.

Pemangku Timbalan Pengarah (Pentadbiran) Pusat Islam Kampus Kesihatan USM, Amira Abd Sattar @ Ismail berkata, juadah berbuka puasa itu diagihkan kepada petugas barisan hadapan Hospital USM, peneman pesakit, pelajar yang menginap di asrama serta kariah masjid.

Beliau berkata, juadah itu mula diagihkan pada 3.30 petang ke lokasi seperti dalam wad, dewan bedah, pos keselamatan dan asrama pelajar.

"Kebiasaannya tugas memasak bermula 8.30 pagi diikuti aktiviti membungkus juadah dan semua tugas ini dilakukan secara gotong-royong oleh sukarelawan pusat tanggungjawab (PTJ), ahli Kelab Jasa Budi yang terdiri daripada pesara USM, ahli persatuan dalaman USM serta pelajar.

"Gotong-royong memasak juadah ini adalah aktiviti tahunan Pusat Islam Kampus Kesihatan sejak tahun 2000 yang diharap dapat meringankan beban pelajar yang berhadapan kesukaran untuk keluar membeli juadah berbuka puasa terutama dalam keadaan sekarang susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kelantan," katanya.

Beliau berkata, bagi menyediakan juadah berbuka itu, mereka membelanjakan kira-kira RM4,000 setiap hari untuk membeli bahan mentah dan barang keperluan dengan menu berlainan setiap hari.

 

Cetak