Objektif

  1. Mengumpul maklumat-maklumat berkaitan COVID-19 dan menyampaikannya dalam bentuk penulisan yang mudah difahami oleh orang awam, berlandaskan ilmu pakar bidang dan bukti-bukti kajian.
  2. Menyediakan panduan kepada petugas kesihatan dalam setiap bidang perubatan dengan mengambil kira panduan yang sedia ada oleh pihak berautoriti, dan memperincikannya mengikut pengetahuan ahli pakar bidang agar lebih difahami untuk diamalkan oleh petugas kesihatan.
  3. Menggalakkan ahli akademik dan profesional untuk terlibat dalam penulisan dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat, berdasarkan kepakaran serta bukti kajian.
  4. Menyalurkan maklumat yang boleh memberi inisiatif penyelidikan kepada ahli-ahli akademik berkaitan COVID-19 seterusnya, menjadikankan pusat ini sebagai salah satu pusat rujukan bagi membantu golongan profesional perubatan dan orang awam.
Cetak