Together we stop the pandemic #COVID-19
Together we stop the pandemic #COVID-19

HUSM tidak benarkan pelawat kecuali kes kecemasan

  • Keratan Akhbar
  • Jumlah paparan: 918

HUSM tidak benarkan pelawat kecuali kes kecemasan bERNAMA

KOTA BHARU, 24 Nov -- Pengurusan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dekat sini menetapkan bahawa tiada pelawat dibenarkan masuk ke dalam wad sebagai langkah mencegah penularan pandemik COVID-19 di dalam fasiliti perawatan.

Pengarah HUSM Profesor Datuk Dr Ahmad Sukari Halim berkata pelawat hanya dibenarkan masuk bagi kes kecemasan, kritikal atau yang amat memerlukan dengan kebenaran pihak pengurusan hospital itu.

"Hanya seorang peneman dibenarkan di dalam wad semasa temu janji klinik untuk pesakit kanak-kanak dan pesakit yang memerlukan bantuan atau kes kecemasan sahaja," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak membawa kanak-kanak dan warga emas yang bukan pesakit ke hospital itu.

"Bagi mereka yang mempunyai urusan di blok Hospital USM (bangunan lapan tingkat) dengan kebenaran bertulis daripada Pengarah Hospital USM diminta mengisi borang deklarasi COVID-19 di kaunter khidmat pelanggan dan saringan serta dinasihatkan jujur menjawab setiap soalan khususnya berkaitan mana-mana kluster aktif COVID-19," katanya.

-- BERNAMA

Cetak