Together we stop the pandemic #COVID-19
Together we stop the pandemic #COVID-19

Hospital USM terima zakat peralatan perubatan RM798,990

  • Keratan Akhbar
  • Jumlah paparan: 573

KOTA BHARU - Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menerima sumbangan dan zakat peralatan perubatan bernilai RM798,990 bagi membantu pesakit dalam kalangan B40 dan asnaf yang dirawat di hospital itu.

Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr Shaharum Shamsuddin berkata, sumbangan dan zakat itu masing-masing merupakan alat Ultrasonic Cement Extractor bernilai RM300,000 daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan pembelian peralatan pesakit Ortopedik berjumlah RM498,990 daripada Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).

IMG 20230402 WA0012

Beliau berkata, kebanyakan pesakit di Kelantan tergolong di bawah kategori B40 dan asnaf yang turut memerlukan rawatan di hospital berkenaan.

"Sumbangan zakat peralatan amat membantu dalam perawatan pesakit selain dapat mengurangkan kos dan perbelanjaan sepanjang dirawat di hospital,” katanya pada Majlis Penghargan Sumbangan Dana Zakat oleh BPMB dan PNB pada Ahad.

Turut hadir Ketua Jabatan Pengurusan Syariah PNB, Dr Ahmad Basri Ibrahim, Ketua Pengurusan Syariah Kumpulan BPMB, Noor Ain Mohd Amin dan Timbalan Pengarah (Operasi), Hospital USM, Dr Mohd Imran Yusof.

IMG 20230402 WA0013

Profesor Dr Shaharum (tiga dari kanan) bergambar bersama barisan doktor dan pemberi sumbangan serta zakat.

Profesor Dr Shaharum berkata, dana zakat turut merangkumi peralatan yang diguna pakai dalam meningkatkan mutu rawatan pesakit di Hospital USM.

"Peralatan-peralatan itu seperti, Ultrasonic Cement Removal System, Portable Ultrasound dan Limb Reconstruction System (pembedahan korektif rekonstruktif kanak-kanak yang cacat anggota).

"Selainnya, peralatan kegunaan pakai tetap atau pakai buang kepada pesakit seperti Kimopot dan set penjagaan luka,” katanya.

Beliau juga berharap sumbangan itu menjadi contoh kepada lebih ramai lagi pihak dan memberi manfaat serta impak besar kepada masyarakat khususnya di negeri ini.

Cetak