Together we stop the pandemic #COVID-19
Together we stop the pandemic #COVID-19

Lebih 2,000 kanak-kanak di Kelantan alami masalah pertuturan

  • Keratan Akhbar
  • Jumlah paparan: 678
gtgtgtt

KOTA BHARU – Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini mengenal pasti seramai 1,900 hingga 2,300 kanak-kanak mempunyai masalah kelewatan bertutur dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Pengarah HUSM, Profesor Datuk Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman berkata, daripada jumlah itu, lebih 70 peratus kes melibatkan masalah kelewatan pertuturan dan bahasa dikesan semasa mereka hadir ke Klinik Terapi Pertuturan, Universiti Sains Malaysia (USM).

“Selain itu, kes melibatkan masalah pertuturan kanak-kanak juga melibatkan masalah penerimaan makanan, sengau dan pembelajaran.

“Kebanyakan kanak-kanak yang dikenal pasti mengalami masalah tersebut terdiri daripada mereka yang berusia dua hingga enam tahun ketika menerima rawatan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) antara USM dengan sebuah tadika swasta, Al-Kauthar Eduqids Sdn. Bhd. (Al-Kauthar Eduqids) di Dewan Persidangan Kampus USM, Kubang Kerian di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Hisamuddin berkata, kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan dikesan berlaku ketika masih bayi sehingga ke usia dua tahun.

Menurutnya, selain itu, HUSM juga mengenal pasti kanak-kanak yang tidak boleh bertutur turut dikesan mempunyai isu kesihatan lain seperti masalah pendengaran, autisme atau sindrom down.

Nik Hisamuddin menambah, pihaknya juga memperkenalkan modul tertentu dan memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak tersebut yang mengalami masalah pertuturan. – KOSMO! ONLINE

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Cetak