Together we stop the pandemic #COVID-19
Together we stop the pandemic #COVID-19

Malaysia mempunyai kadar diabetes kedua tertinggi di dunia

  • Keratan Akhbar
  • Jumlah paparan: 611

ggggg

KOTA BHARU: Malaysia mempunyai jumlah penghidap penyakit kencing manis atau diabetes yang tertinggi di Asia dan kedua tertinggi di dunia selepas Arab Saudi.

Pakar Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Siti Suhaila Mohd Yusoff, berkata peningkatan bilangan angka bagi kes diabetes itu amat membimbangkan disebabkan hampir empat juta penduduk negara ini menghidap diabetes.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) mendapati peratusan pesakit diabetes di Malaysia meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus pada tahun 2019.

"Laporan itu sekali gus menunjukkan satu dalam lima individu dewasa berusia 18 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes atau bersamaan dengan 3.9 juta penduduk Malaysia.

"Ia juga menunjukkan 50 peratus daripada pesakit diabetes tidak sedar mereka menghidap penyakit berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Siti Suhaila berkata, sehubungan itu program kesedaran mengenai penyakit diabetes dan aktiviti saringan adalah satu daripada inisiatif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit itu.

"Strategi amalan cara hidup yang sihat seperti aktiviti fizikal dan amalan pemakanan yang betul juga perlu diamalkan untuk mengelak penyakit ini," katanya.

Cetak