Together we stop the pandemic #COVID-19
Together we stop the pandemic #COVID-19

Kerusi roda khas ‘ubah’ hidup Amalin Qistina

  • Keratan Akhbar
  • Jumlah paparan: 600

hhhh

KOTA BHARU: Kerusi roda khas yang disumbangkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) mengubah kehidupan Amalin Qistina Amlaki, 13, apabila tidak lagi perlu ‘memerah’ keringat kedua-dua belah tangan untuk mengerakkannya.

Amalin Qistina berkata, kerusi roda khas mengikut keperluannya itu memudahkan perge­rakan berbanding yang sedia ada sebelum ini.

“Saya mula menggunakan kerusi roda yang berkuasa bateri ini sejak berada dalam Darjah Satu. Penggunaanya lebih kerap di sekolah berbanding di rumah.

“Namun, disebabkan oleh tangan yang lemah dan doktor tidak menggalakkan saya me­lakukan banyak pergerakan,” katanya pada Majlis Penyerahan Kerusi Roda dan Alatan Mobiliti Murid Berkeperluan Khas Sekolah-sekolah

Negeri Kelantan yang berlangsung di Dewan Utama, Kampus Kesihatan USM, di sini semalam.

Amalin Qistina memberitahu, dia bersyukur dan berterima kasih kepada USM dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan yang memilihnya sebagai salah seorang penerima.

Katanya, dia berharap pelajar orang kurang upaya (OKU) lain agar tidak mudah putus asa dengan kekurangan diri sebaliknya terus berusaha untuk berjaya pada masa hadapan.

Sementara itu, Pengarah Kampus Kesihatan USM Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin berkata, pihaknya serius dalam membantu golongan berkeperluan khas ini.

Katanya, pada yang sama USM telah membuka Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Kampus Kesihatan dan Kampus Induk. –UTUSAN

Cetak