Together we stop the pandemic #COVID-19
Together we stop the pandemic #COVID-19

Sukarelawan pertingkat khidmat kesihatan di pedalaman

  • Keratan Akhbar
  • Jumlah paparan: 349

sukarlawcpr1 1664868723

 

Kota Bharu: Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) melatih 10 Orang Asli Pos Balar menerusi Program KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan bagi penduduk kawasan pedalaman.

Pengarah Hospital USM Profesor Datuk Dr Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman berkata, Pos Balar adalah salah satu pos Orang Asli yang terletak jauh di pedalaman Gua Musang iaitu kira-kira 50 kilometer (km) dari jalan utama.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan komuniti Orang Asli terhalang daripada menerima akses kesihatan dan juga pendidikan.

Katanya, pihaknya mengambil langkah proaktif melatih Orang Asli dari Pos Balar sebagai pelatih atau wakil kesihatan terlatih sebagai salah satu kaedah pertukaran pengetahuan bagi meningkatkan mutu penjagaan kesihatan dalam kalangan masyarakat terbabit.

"Latihan yang diberikan kepada sukarelawan ini berkaitan rawatan asas kecemasan, penjagaan asas kesihatan serta pergigian menggunakan Modul Asas Perubatan Kecemasan Orang Asli (Mapko) dan Modul Penjagaan Kesihatan Orang Asli (PKOOA) yang dihasilkan khas bagi meningkatkan pemahaman dan pembelajaran Orang Asli.

"Pendekatan ini diambil untuk membekalkan ilmu rawatan dan pertolongan cemas kepada duta kesihatan Orang Asli yang dipilih sekali gus membolehkan mereka memberi bantuan kecemasan di perkampungan Orang Asli sebelum bantuan dari luar tiba," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis perasmian penutupan Program Khidmat Masyarakat Bersama Orang Asli Pos Balar di Hospital USM, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Kecemasan, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Profesor Madya Dr Shaik Farid Abdull Wahab dan Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan, Roslina Bun.

Sementara itu, Roslina berkata, usaha yang dilaksanakan Hospital USM dalam mewujudkan pasukan sukarelawan dapat meningkatkan pengetahuan dalam bidang perubatan terutamanya dalam rawatan asas, penjagaan pergigian dan kesihatan wanita.

"Kursus ini sangat bermanfaat khususnya kepada masyarakat luar bandar di kawasan pedalaman yang mempunyai kesukaran akses kesihatan

"Saya berharap semua sukarelawan yang dilatih dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi memastikan apa yang dipelajari dapat dimanfaatkan kepada masyarakat di kampung masing-masing," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 4, 2022 @ 3:32pm
Cetak