Together we stop the pandemic #COVID-19
Together we stop the pandemic #COVID-19

'Ketagih' derma darah sejak 38 tahun lalu [METROTV]

  • Keratan Akhbar
  • Jumlah paparan: 246

dfdfdf

Kota Bharu: Rasa tidak lengkap kalau tidak derma darah. Itu yang dilalui seorang lelaki yang sudah menderma darah sebanyak 200 kali sejak hampir 40 tahun lalu.

Bagi Mat Hussin Yusof, 58 sejak mendaftarkan diri sebagai kakitangan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian pada 15 Ogos 1984, dia sudah memasang niat untuk menjadi penderma darah kepada pesakit hospital berkenaan sebagai sumbangan kepada yang memerlukan.

Katanya, dia mula menderma darah pada usia 21 tahun termasuk 125 kali di Unit Perubatan Transfusi (UPT) Hospital USM sepanjang 38 tahun berkhidmat di hospital berkenaan.

"Sepanjang tempoh itu, saya sudah memiliki lima buku rekod derma darah dan meskipun akan bersara pada 20 September ini, saya akan terus menderma darah selagi termampu bergantung kepada tahap kesihatan kerana ia sudah menjadi rutin.

"Setiap kali UPT membuat hebahan apabila mengalami masalah kekurangan stok darah dan pesakit memerlukan bekalan darah segera, saya akan keluar dengan kebenaran untuk tampil menderma darah bagi menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan.

"Ketika itu saya amat berharap dapat menyelamatkan nyawa pesakit itu walaupun secara peribadinya tidak mengenali diri mereka.

"Sesibuk manapun saya bekerja, saya tetap akan meluangkan masa untuk ke UPT bagi menderma darah kerana hanya ini saja sumbangan yang mampu saya berikan dan saham untuk bekalan akhirat," katanya ketika ditemui di Hospital USM, di sini, hari ini.

dddddd

Bapa kepada enam anak dan datuk empat cucu ini berkata, walau bagaimanapun pada tahun 1990-an dia terpaksa berhenti menderma darah selama tempoh lima tahun disebabkan kecederaan lutut yang di alami akibat bersukan selain mengalami jangkitan kuman di bahagian lutut yang terluka.

"Sepanjang tempoh itu, saya perlu mengutamakan kesihatan diri dan memastikan diri benar-benar pulih sebelum meneruskan rutin menderma darah seperti sebelumnya.

"Alhamdulillah, saya dikurniakan kesihatan yang baik dan tidak mengalami sebarang masalah setiap kali menderma darah selain tubuh badan juga akan sentiasa berasa sihat apabila sering menderma darah," katanya.

Disiarkan pada: September 5, 2022 @ 3:00pm
 
Cetak