Together we stop the pandemic #COVID-19
Together we stop the pandemic #COVID-19

Hospital USM guna Braster Pro diagnosis awal kanser payudara

  • Keratan Akhbar
  • Jumlah paparan: 294

IMG 20220625 123315

Kota Bharu: Breast Cancer Awareness and Research Unit' (BestARi) Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menggunakan mesin Braster Pro yang julung kalinya diperkenalkan di Malaysia bagi menyokong diagnosis awal kanser payudara.

Ketua Unit BestARi Hospital USM, Profesor Madya Dr Juhara Haron berkata, mesin Braster Pro yang mempunyai teknologi termografi sentuhan kristal cecair itu boleh menganalisis imej termografi payudara pesakit.

Katanya, selain itu, teknologi kecerdasan buatan ini juga dapat menunjukkan perubahan dan keabnormalan yang berpotensi berbahaya pada payudara melalui aplikasi mudah alih yang dapat memberi penilaian diagnosis pesakit dengan tepat dan cepat.

"Pesakit tidak perlu bimbang dengan keselamatan terhadap mesin ini kerana ia sudah disahkan selamat oleh 'Medical Device Authority' (MDA) Malaysia dan proses penggunaan mesin ini amat mudah serta tidak menyakitkan pesakit," katanya dalam kenyataan.

Dr Juhara berkata, melalui kolaborasi dengan Medidata Sdn Bhd iaitu pembekal tunggal mesin ini di Malaysia, BestARi Hospital USM bakal menerima tiga unit alatan ini untuk digunakan dalam saringan awal pengesanan kanser payudara.

"Sebagai permulaan, BestARi Hospital USM mensasarkan seramai 200 orang golongan wanita kategori B40 akan mendapat manfaat untuk menjalani pemeriksaan awal kanser payudara secara percuma dengan menggunakan mesin ini yang ditaja oleh pihak pembekal dan akan dijalankan oleh BestARi Hospital USM.

"Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada kaum wanita terutamanya yang mempunyai risiko serta sejarah keluarga menghidap kanser payudara agar tidak malu untuk menjalani pemeriksaan dan BestARi Hospital USM sentiasa bersedia membantu mereka," katanya.

Disiarkan pada: Jun 25, 2022 @ 11:57am

Cetak