Together we stop the pandemic #COVID-19
Together we stop the pandemic #COVID-19

Pensyarah: Tiga daripada 10 wanita alami mati putik antara punca cerai

  • Keratan Akhbar
  • Jumlah paparan: 627

SHAH ALAM, 14 APRIL: Tiga daripada 10 wanita yang pernah atau sedang mengalami masalah mati putik dilaporkan bercerai dengan pasangan masing-masing, kata pensyarah perubatan Universiti Sains Malaysia.

Tanpa menyatakan statistik, Profesor Madya Dr Rosediani Muhamad berkata masalah seksual itu juga penyebab kepada tingginya kes perceraian dalam negara terutama di Kelantan dan Selangor.

“Wanita yang mengalami disfungsi seksual biasanya merasakan seks bukan lagi keutamaan dalam kehidupan sedangkan ia ibadah dan kunci membentuk hubungan mawaddah, sakinah dalam rumah tangga.

“Perasaan malu dan tabu terus menghantui dan membatasi mereka sehingga masalah itu menjadi parah apabila suami juga tidak mempunyai ilmu untuk membantu,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Jelasnya, masalah itu berpunca daripada isu dalaman seperti sibuk kerja, tekanan berpanjangan, proses kehidupan meletihkan seperti mengandung dan melahirkan anak serta penyakit kronik seperti barah.

Dr Rosediani menambah faktor persekitaran dan didikan keluarga juga antara punca mati putik selain cetek kefahaman mengenai seksualiti, kurang komunikasi atau hubungan intim pasangan yang makin renggang.

“Sikap suami yang berang, tidak pandai menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang, berat tulang, tidak pandai berkomunikasi, memujuk isteri untuk merasai kenikmatan hubungan seks juga antara punca,” katanya.

Cetak