Together we stop the pandemic #COVID-19
Together we stop the pandemic #COVID-19

RRM HUSM beri manfaat golongan B40

  • Keratan Akhbar
  • Jumlah paparan: 457

Oleh Hazira Ahmad Zaidi - Disember 5, 2021 @ 1:51pm

jghj

KOTA BHARU: Rumah Ronald McDonald (RRM) atau 'Ronald McDonald House', Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sudah memberi manfaat kepada 1,032 keluarga sejak ia mula beroperasi pada Jun 2019.

Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Prof Dr Shaiful Bahari Ismail berkata, dengan adanya RRM ia dapat membantu memenuhi keperluan keluarga pesakit kategori B40 sepanjang tempoh anak mereka menerima rawatan di wad pediatrik HUSM.

Katanya, beliau menzahirkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada 'Ronald McDonald House Charities' (RMHC) Malaysia disebabkan memilih USM sebagai lokasi kedua pembinaan RRM selepas penubuhan RRM pertama di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

fghjg

"RRM adalah hasil kerjasama strategik pelbagai pihak dalam membantu waris pesakit khususnya golongan kurang berkemampuan yang menemani anak mereka ketika menjalani rawatan di wad pediatrik HUSM.

"RRM ini dilengkapi 18 bilik tidur serta ruang makan, ruang istirehat, dapur, bilik dobi, bilik permainan, dan lain-lain kemudahan untuk penghuni, selain memiliki bilik sensori yang menyediakan peralatan multi deria khas untuk membantu perkembangan kanak-kanak istimewa yang mendapat rawatan di HUSM.

"Saya berharap kemudahan disediakan ini dapat meringankan beban keluarga khususnya mereka yang datang dari jauh kerana penginapan di sini, hanya dikenakan bayaran RM5 untuk satu malam," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Pengurus Besar RMHC Malaysia, Mohd Nasri Mohd Nordin berkata, RRM HUSM ialah inisiatif Persatuan Kebajikan Ronald McDonald yang disumbangkan kepada masyarakat melalui rakan hospital.

"HUSM adalah hospital pengajar yang dipilih berdasarkan kesesakan pesakit kanak-kanak yang mendapatkan rawatan bagi memberi kemudahan kepada penjaga atau peneman mereka menginap tanpa perlu berulang-alik dari kediaman mereka.

Beliau berharap kerjasama yang dijalinkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan komuniti setempat selain turut memperkenalkan fungsi dan kemudahan yang ditawarkan RRM HUSM.

Cetak