Together we stop the pandemic #COVID-19
Together we stop the pandemic #COVID-19

24 'bayi merdeka' lahir di Hospital Universiti Sains Malaysia

  • Keratan Akhbar
  • Jumlah paparan: 397

kljhh

Kota Bharu: Seramai 24 'bayi merdeka' dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, bermula jam 12 tengah malam semalam hingga jam 11.59 malam tadi.

Daripada jumlah itu, 13 adalah lelaki dan 11 perempuan. Bayi berkenaan dilahirkan secara normal dan pembedahan.

Bayi pertama dilahirkan jam 12.57 tengah malam dan bayi terakhir lahir jam 10.49 malam tadi

Seorang daripada ibu bayi merdeka, Norsafarin Shamsudden, 37, berkata, dia dan suami bersyukur dan rasa bertuah kerana anak keempat mereka dilahirkan pada Hari Kemerdekaan, sama tarikh seperti jangkaan yang diberikan doktor sebelum ini.

"Saya dimasukkan ke wad Isnin lalu dan mula merasai tanda hendak bersalin yang lebih kerap bermula jam 1.30 pagi sebelum dibawa ke bilik bersalin jam 3 pagi.

"Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak keempat seberat 3.51 kilogram (kg) jam 4.02 pagi.

"Syukur Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Kelahiran bayi merdeka ini bukan cukup menggembirakan kami," katanya yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor.

Kegembiraan itu turut dikongsi suami isteri, Mohd Nasrul Hafiz Mohd Nordin, 31, dan Salah Naqiah Mat Rani @ Ghani yang menyambut kehadiran anak ketiga.

"Alhamdulillah, kami teruja apabila anak ketiga kami seberat empat kilogram dilahirkan pada tarikh sambutan Hari Kemerdekaan negara. Ia memang tidak pernah kami jangka.

"Berdasarkan tarikh jangkaan, saya sepatutnya melahirkan anak pada 2 September, namun perancangan Allah SWT mengatasi segala-galanya apabila bayi lelaki kami dilahirkan jam 4.23 pagi semalam," katanya.

Disiarkan pada: September 1, 2021 @ 1:06pm
Cetak