Together we stop the pandemic #COVID-19
Together we stop the pandemic #COVID-19

Hospital USM sambut 24 bayi 'merdeka'

  • Keratan Akhbar
  • Jumlah paparan: 539

dfghj

KOTA BHARU: Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menyambut kelahiran 24 bayi sempena Hari Kemerdekaan bermula jam 12.01 pagi kelmarin hingga 11.59 malam tadi.

Daripada jumlah itu, 13 adalah bayi lelaki dan 11 bayi perempuan yang dilahirkan secara normal dan pembedahan.

Bayi pertama dilahirkan pada jam 12.57 pagi dan bayi terakhir lahir pada jam 10.49 malam.

Seorang daripada ibu bayi berkenaan, Norsafarin Shamsudden, 37, berkata, dia dan suaminya sangat bertuah kerana cahaya mata keempat mereka dilahirkan pada Hari Kebangsaan iaitu sama tarikh seperti jangkaan yang diberikan doktor sebelum ini.

"Saya dimasukkan ke wad pada petang Isnin lalu dan mula merasai tanda hendak bersalin yang lebih kerap bermula jam 1.30 pagi sebelum dihantar ke bilik bersalin kira-kira jam 3 pagi.

"Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak keempat seberat 3.51 kilogram (kg) pada jam 4.02 pagi semalam.

"Syukur segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT dan kelahiran bayi merdeka ini bukan sahaja memberikan rahmat bagi saya dan suami malah ia juga satu perasaan yang sukar digambarkan dan tidak dapat diungkapkan," kata guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor.

Kegembiraan itu turut dikongsi pasangan suami isteri, Salah Naqiah Mat Rani@ Ghani, 31, dan Mohd Nasrul Hafiz Mohd Nordin, 31, apabila menerima kehadiran cahaya mata ketiga yang juga lahir sebagai anak merdeka.

"Saya dan suami teruja serta gembira apabila anak ketiga kami seberat empat kg dilahirkan pada tarikh sambutan kemerdekaan negara yang mana perkara ini tidak pernah kami jangka sebelum ini.

"Mengikut tarikh jangkaan, saya sepatutnya melahirkan anak ini pada 2 September, namun perancangan Allah SWT mengatasi segala-galanya apabila bayi lelaki kami dilahirkan pada jam 4.23 pagi semalam," katanya.

 

Cetak