Together we stop the pandemic #COVID-19
Together we stop the pandemic #COVID-19

Usah bimbang tampil derma darah

  • Keratan Akhbar
  • Jumlah paparan: 474

usah bimbang

KOTA BHARU: Pandemik COVID-19 memberi kesan terhadap bekalan darah di Unit Perubatan Transfusi (UPT) Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) berikutan penurunan bilangan penderma sejajar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Hospital USM, Prof Datuk Dr Ahmad Sukari Halim, berkata kebimbangan masyarakat terhadap keselamatan sepanjang proses menderma darah dan pembatalan kempen dkerannerma darah turut menjadi antara faktor penyebab kekurangan bekalan darah.

Bagi memastikan bekalan darah mencukupi untuk kegunaan pesakit, beliau berkata, pelbagai inisiatif dilakukan oleh UPT Hospital USM bagi menarik penderma darah tampil mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Kita berterima kasih kepada Persatuan Jururawat Malaysia Cawangan Hospital USM kerana sentiasa mendekati syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pendidikan mengubah stigma supaya tidak bimbang menderma darah yang dilakukan mengikut SOP.

"Ini termasuk saringan awal yang mana hanya golongan tiada gejala, tidak mengalami jangkitan COVID-19 dan tiada kontak rapat dengan pesakit COVID-19 dalam masa 14 hari boleh menderma darah," katanya di sini, hari ini.

Dr Ahmad Sukari berkata, petugas kesihatan akan memastikan penderma memakai pelitup muka, mengimbas kod MySejahtera, mengisi borang deklarasi risiko COVID-19 Kampus Kesihatan serta mencuci tangan sepanjang berada di lokasi.

"Jika trend penurunan pendermaan darah berterusan, ia secara tidak langsung akan menjejaskan keupayaan dalam merawat pesakit," katanya.

 

 

Cetak