Together we stop the pandemic #COVID-19
Together we stop the pandemic #COVID-19

Warga emas 120 tahun lengkap suntik vaksin Covid-19

  • Keratan Akhbar
  • Jumlah paparan: 965

Untitled4

Kota Bharu: Seorang warga emas berusia 120 tahun lengkap menerima dua dos suntikan vaksin secara pandu lalu di Pusat Pemberian Vaksin Khas (SPPV) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Wanita berkenaan, Siti Liah Mamat dipercayai wanita tertua di negeri Kelantan dan individu yang dikenal pasti memenuhi kriteria antara 84 penerima suntikan vaksin di SPPV HUSM.

Menurut Siti Liah, dia bersyukur kerana sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin dan menasihatkan kepada sesiapa yang ditawarkan vaksin supaya mengambilnya untuk pelindungan diri.

"Jika saya yang sudah berusia lebih satu abad ini tidak mempunyai kesan sampingan selepas mengambil suntikan vaksin, mengapa golongan warga emas perlu takut dan percaya kepada perkara yang tidak sahih.

"Terima kasih kepada HUSM atas kerjasama diberikan dan proses suntikan dos kedua dilakukan secara pandu lalu ini amat cepat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di SSPV Hospital USM, di sini, hari ini.

Untitled5

Media sebelum ini melaporkan, Siti Liah Mamat masih dikurniakan kesihatan yang baik walaupun sudah berusia melebihi satu abad selain memiliki pendengaran baik dan daya penglihatan masih jelas tanpa perlu berkaca mata.

Sementara itu, anaknya, Manura Mohd Idris, 71, berkata, selepas ibunya menerima suntikan vaksin pertama pada 9 Jun lalu, dia tidak mengalami kesan sampingan, malah berasa lebih sihat.

Sementara itu, Pengarah HUSM, Profesor Datuk Dr Ahmad Sukari Halim berkata, pihaknya menjadi pelopor PICK menerusi kaedah pandu lalu (drive-thru) yang lebih cepat dan memudahkan.

"Apabila melihat kelancaran projek percubaan dalam pelaksanaan suntikan vaksin secara pandu lalu pada fasa pertama, SPPV HUSM meneruskan kaedah ini pada fasa kedua secara selektif melalui janji temu khusus untuk penerima vaksin berkeperluan sahaja," katanya.

Disiarkan pada: Jun 30, 2021 @ 2:05pm
Cetak