Together we stop the pandemic #COVID-19
Together we stop the pandemic #COVID-19

Suntikan vaksin secara pandu lalu di HUSM

  • Keratan Akhbar
  • Jumlah paparan: 934

dggg

  • Oleh ROHANA MOHD. NAWI
  • 31 Mei 2021, 5:18 pm

KOTA BHARU – Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian di sini menjalankan suntikan vaksin Covid-19 secara pandu lalu sebagai langkah untuk mengelakkan penularan jangkitan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Timbalan Pengarah Operasi Hospital USM (HUSM), Profesor Dr. Mohd. Imran Yusof berkata, kaunter suntikan di hospital itu dibuka untuk penerima vaksin yang berisiko sekiranya mereka merupakan kontak rapat kepada pesakit positif Covid-19.

Katanya, selain itu, penerima vaksin yang ditetapkan di situ juga merupakan individu yang mempunyai sejarah merentas negeri dan juga pesakit hospital berkenaan.

“Dengan cara ini, mereka yang sepatutnya menerima vaksin dan mempunyai masalah sebelum ini boleh mendapatkan janji temu selain daripada aplikasi MySejahtera.

“Berdasarkan projek perintis suntikan vaksin secara pandu lalu yang bermula Mac lalu, ia turut memudahkan golongan yang tidak mampu berjalan termasuk orang kurang upaya (OKU).

“Selain itu, ia juga memberi kemudahan kepada penerima apabila mereka tidak perlu turun daripada kenderaan untuk menerima suntikan vaksin sekali gus dapat menjimatkan masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Kampus Kesihatan USM di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail.

Mohd. Imran yang juga Ketua Penyelaras Program Imunisasi Covid -19, Pusat Pemberian Vaksin Khas (SPPV) HUSM memberitahu, bagi fasa pertama yang bermula Mac lalu seramai 123 individu yang sudah menerima vaksin yang terdiri daripada pasukan barisan hadapan untuk suntikan dos kedua.

“Suntikan bagi fasa kedua bermula 25 Mei lalu membabitkan pesakit hospital itu. Setakat ini, seramai 10 individu yang sudah divaksin secara pandu lalu,” ujarnya.-K!ONLINE

Cetak