Together we stop the pandemic #COVID-19
Together we stop the pandemic #COVID-19

Suntikan vaksin pandu lalu elak penularan Covid-19 di SPPV

  • Keratan Akhbar
  • Jumlah paparan: 929

dgg

Suntikan vaksin Covid-19 menerusi sistem pandu lalu di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini, dapat mengelak penularan wabak berkenaan di Pusat Pemberian Vaksin (SPPV).

Ketua Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 SPPV Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Mohd Imran Yusof berkata, ini berikutan mereka yang menerima vaksin secara pandu lalu itu tidak akan mempunyai kontak dengan penerima vaksin lain.

Katanya, mereka yang menerima vaksin dengan kaedah berkenaan adalah individu yang berisiko kerana mempunyai kontak dengan pesakit positif Covid-19.

Menurutnya menerusi sistem berkenaan, mereka yang mempunyai kriteria berkenaan tidak perlu mengubah tarikh janji temu bagi dos kedua untuk suntikan vaksin.

Berdasarkan projek perintis yang bermula Mac lalu, ia juga memudahkan golongan yang tidak mampu berjalan termasuk orang kurang upaya (OKU).

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Dewan Utama USM, Kubang Kerian, pada Isnin.

Turut hadir, Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof Dr Shaiful Bahari Ismail.

Cetak