Together we stop the pandemic #COVID-19
Together we stop the pandemic #COVID-19

Nyahkuman sempurna elak jangkitan

  • Keratan Akhbar
  • Jumlah paparan: 698

6b1bfcfd 66b5 423d 9d4c 0893f3a640e8

KOTA BHARU: Semua peralatan untuk rawatan di hospital perlu disteril atau dinyahkuman dengan sempurna, bagi mengelak jangkitan silang, khususnya kepada doktor dan paramedik.

Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Ahmad Sukari Halim, berkata dalam tempoh negara menghadapi penularan pendemik COVID-19, Hospital USM tidak terkecuali menerima pesakit COVID-19 sekaligus menyebabkan peningkatan penggunaan alatan dan set steril, iaitu sebanyak 10 hingga 20 peratus setiap bulan.

Katanya, Hospital USM dan juga hospital lain, terdapat pelbagai risiko jangkitan kuman yang berbahaya, termasuklah virus COVID-19, HIV, Hepatitis, Tuberkulosis serta virus lain yang boleh membawa maut kerana mudah merebak, jika tidak dicegah dari awal.

"Unit Pembekalan Alatan Steril (UPAS) satu-satunya unit yang menguruskan perkhidmatan penyediaan pembekalan peralatan dan set steril kepada 11 klinik, 40 wad dan enam unit termasuk dewan bedah, dewan bedah bersalin, dewan bedah trauma dan dewan bedah pergigian.

"Setiap peralatan steril yang dibekalkan di Hospital USM selamat diguna pakai kerana semua proses kerja mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Perkhidmatan Pensterilan Malaysia (PPPM).

"Keperluan peralatan steril yang dibekalkan membolehkan semua staf Hospital USM melaksanakan prosedur steriliti mengikut standard yang ditetapkan serta memastikan semua pesakit selamat dari risiko jangkitan silang," katanya.

Sukari berkata, bagi mengekang penularan wabak COVID-19, UPAS juga berusaha dalam membantu menambah bekalan keperluan peralatan steril di wad dan unit yang kritikal seperti unit rawatan rapi (ICU), Isolasi Medical (ISOMED), Medical Severe Acute Respiratory Infections (MEDSARI), Trauma ICU dan Klinik Saringan Infeksi (SRI).

Sementara itu, Ketua Jururawat UPAS, Hospital USM, Mohd Zulkarnaeen Mohd Yusoff, proses kerja di UPAS terbahagi kepada empat zon utama dan setiap zon mempunyai jumlah staf yang berbeza.

Katanya, zon satu sebagai kawasan dekontaminasi, iaitu penerimaan set kotor dan pencucian set, zon dua ialah penyediaan dan pembungkusan set, bilik linen, penyediaan 'loose item' dewan bedah dan wad serta penyediaan 'soft dressing', zon tiga pula ialah pensterilan set-'autoclave' dan zon empat bilik steril dan pengagihan.

"Proses pencucian di UPAS dilakukan secara manual dan juga mekanikal mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Penerimaan set kotor dari dewan bedah, wad dan unit juga dipantau, terutamanya bagi kes penyakit berjangkit yang dikenal pasti untuk proses dekontaminasi dengan mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Unit Kawalan Jangkitan dan Epidemiologi Hospital, bagi memastikan semua staf selamat dalam mengendalikan peralatan kotor," katanya.

Cetak