Together we stop the pandemic #COVID-19
Together we stop the pandemic #COVID-19

300 kakitangan HUSM terima suntikan vaksin hari ini

  • Keratan Akhbar
  • Jumlah paparan: 391

hhh

Kota Bharu: Seramai 300 petugas barisan hadapan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian menerima suntikan vaksin fasa pertama, hari ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Ahmad Sukari Halim berkata, 300 petugas berkenaan adalah sebahagian daripada 2,952 kakitangan hospital itu yang akan menerima vaksin bagi fasa pertama.

 
 

Beliau berkata, fasa pertama suntikan membabitkan petugas barisan hadapan HUSM serta warga kampus kesihatan yang dikenal pasti dengan menyatakan persetujuan untuk menerima suntikan.

"Semua petugas barisan hadapan yang menerima vaksinasi mendapat perlindungan daripada jangkitan teruk Covid-19, seterusnya dapat menjalankan tugas sebagai barisan hadapan penjagaan kesihatan di negeri Kelantan khususnya.

"HUSM tersenarai antara salah satu pusat pemberian vaksin (PPV) yang memulakan operasi suntikan vaksin Covid-19 mulai 1 Mac," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menubuhkan jawatankuasa program vaksinasi Covid-19 kebangsaan peringkat Kampus Kesihatan diketuai Timbalan Pengarah Operasi Hospital USM, Profesor Dr Mohd Imran Yusof.

Menurutnya, jawatankuasa itu bertujuan menyediakan semua maklumat diperlukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk senarai petugas barisan hadapan HUSM serta Kampus Kesihatan.

 
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mac 2021 @ 9:37 PM
Cetak