Relaktasi Semasa Perintah Kawalan Pergerakan

Pengarang:
Zaharah Sulaiman1, Tengku Alina Tengku Ismail2
1Unit Perkembangan Kesihatan Wanita, 2Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan, 16150 Kubang Kerian, Kelantan.
Pengarang Koresponden:
Prof Madya Dr Zaharah Sulaiman,
Perunding laktasi, Unit Perkembangan Kesihatan Wanita,
Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan,
16150, Kubang Kerian, Kelantan.
Email: zaharah@usm.my

Hikmah PKP dan relaktasi 

Pandemik COVID-19 ternyata memberi impak kepada semua pihak. Namun, mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa ia terkandung sejuta hikmah kepada golongan ibu berkerjaya yang dibenarkan bekerja dari rumah atau work from home (WFH). Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini merupakan masa yang paling sesuai untuk relaktasi kerana ibu dan bayi berada bersama pada hampir setiap masa. Relaktasi yang dicetuskan semasa tempoh ini boleh membantu ibu meneruskan kembali amalan penyusuan dan mengekalkannya walaupun selepas ibu kembali bekerja semula apabila PKP tamat kelak.

Relaktasi dan manfaat kepada ibu, bayi dan keluarga

Relaktasi atau penyusuan semula adalah keadaan di mana ibu memulakan semula penyusuan yang terhenti. Penyusuan mungkin telah terhenti untuk beberapa hari, minggu, bulan, malahan tahun, disebabkan oleh pelbagai faktor pada ibu atau bayi. Jika dilihat dari aspek positif, PKP adalah satu tempoh untuk ibu yang sebelum ini sibuk bekerja dan kurang ada masa untuk bersama bayi mereka, mendapat peluang untuk melakukannya. Pemberian susu ibu dapat menjimatkan perbelanjaan rumah dan membantu ekonomi keluarga terutama dalam tempoh PKP ini apabila ramai yang kehilangan punca mata pencarian.

Selain itu, terdapat banyak manfaat untuk ibu dan bayi, antaranya adalah:

Cara untuk melakukan relaktasi

 Terdapat beberapa langkah yang perlu ibu lakukan iaitu:

Perahan menggunakan pam susu berganda dapat membantu proses stimulasi dilakukan serentak untuk kedua-dua payudara dan ini menjimatkan masa. Walau bagaimanapun, jika ibu tidak mempunyai pam, ibu boleh memerah menggunakan tangan. Semasa PKP, ibu boleh selitkan jadual masa perahan berkala ini antara selang waktu berehat jadual WFH. PKP ini memudahkan ibu menjadualkan masa perahan kerana pada kebiasaannya ibu yang bekerja sebelum PKP agak sukar untuk melakukannya secara konsisten.

 

 12

Rajah 1: Cara menggunakan Supplementing Nursing System (SNS)

SNS mempunyai tiub kecil yang diposisikan pada puting ibu dan disambung dengan bekas yang mengandungi susu. Oleh itu apabila bayi mula belajar semula menghisap di payudara menggunakan SNS, susu akan keluar dan hal ini membuatkan bayi terus menghisap dan kurang meragam. 

Berapa lamakah proses untuk menghasilkan semula susu? 

Secara umumnya selepas ibu dapat melakukan langkah-langkah yang disebutkan secara konsisten, ibu akan dapati payudara mula mengeluarkan susu purata masa selepas dua minggu. Jika bayi masih kecil dan masa terhenti penyusuan adalah pendek, kemungkinan ibu dapat melihat susu mula menitik dengan lebih awal. Sebaliknya, bayi yang sudah lebih berusia dan penyusuan terhenti dengan lebih lama, kemungkinan susu akan mula menitik keluar selepas dua minggu, dengan syarat langkah pertama dan kedua dilakukan secara konsisten.

Faktor ibu dan bayi yang mempengaruhi proses relaktasi 

Secara umum ibu yang terhenti menyusu boleh melakukan relaktasi. Namun faktor ibu dan bayi berikut boleh mempengaruhi proses relaktasi iaitu:

Walau apapun faktor yang dinyatakan, ibu masih ada peluang untuk berjaya menyusukan semula bayi. Hal ini tidak mudah tetapi juga tidak mustahil untuk dilakukan lebih-lebih lagi apabila dilihat manfaat yang bakal diperolehi oleh bayi, ibu dan seisi keluarga.

Pemakanan ibu dan pengambilan ubat semasa relaktasi 

Ibu perlu mengambil makanan yang seimbang setiap hari dan meminum air secukupnya. Ibu boleh mengambil makanan semulajadi yang boleh membantu menggalakkan penghasilan susu seperti kurma. Walau bagaimanapun, ibu tidak perlu membeli makanan penggalak susu atau suplemen yang tertentu. Ini adalah kerana, langkah yang penting untuk relaktasi adalah ibu perlu konsisten merangsang pengeluaran susu dan melakukan sentuhan kulit ke kulit sekerap yang boleh. Penggunaan SNS adalah satu langkah tambahan yang digalakkan. 

Secara umumnya ibu tidak perlu mengambil ubat-ubatan kerana ibu sudahpun mampu dan pernah menyusui bayi. Namun, jika ibu hendak mengambil sebarang ubat untuk menggalakkan pengeluaran susu, ibu dinasihatkan untuk mendapat kepastian tentang ubat tersebut daripada doktor. Hal ini adalah kerana setiap ubat ada kesan sampingan dan tidak semua ubat sesuai untuk ibu. 

Faktor kejayaan relaktasi 

Terdapat empat faktor yang boleh mempengaruhi kejayaan relaktasi iaitu:

Cabaran relaktasi 

Apabila ibu perlu juga bekerja dari rumah semasa PKP, ibu perlu bijak membahagikan masa untuk membolehkan relaktasi dilakukan dengan jayanya. Ibu juga perlu memberi perharian kepada anak yang lain yang juga bersekolah dari rumah. Oleh itu, ibu perlu fokus dan kuat semangat untuk memulakan semula penyusuan yang telah terhenti. Sokongan daripada suami atau ahli keluarga yang lain dapat membantu ibu untuk mengharungi cabaran ini dan berjaya menyusui semula.

Kesimpulan 

Waktu PKP di mana ibu dan bayi berpeluang untuk bersama pada kebanyakan masa di rumah dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk mereka melakukan relaktasi. Susu ibu yang tinggi kandungan antibodi dapat meningkatkan daya pertahanan bayi dan ini amat penting lebih lebih lagi pada masa pandemik COVID-19.  

Selamat mencuba duhai ibu, jangan putus asa. Semoga ibu semua berjaya dan bayi mendapat manfaat sebaiknya.

Rujukan

  1. Australian Breastfeeding Association. Relactation and induced lactation. Retrieved date 14 April 2020. Available from https://www.breastfeeding.asn.au/bfinfo/relactation-and-induced-lactation
  2. La Leche League Great Britain. Relactation and Induced Lactation. 2016 Retrieved date 1 May 2020. Available from https://www.laleche.org.uk/relactation-induced-lactation/
  3. Mehta, A., Rathi, A. K., Kushwaha, K. P., & Singh, A. Relactation in lactation failure and low milk supply. Sudanese Journal of Paediatrics, 2018;18(1):39.
  4. World Health Organization. Relactation: review of experience and recommendations for practice. 1998. Retrieved date 14 April 2020.  Available from https://www.who.int/maternal_child_adolescent/documents/who_chs_cah_98_14/en/
Cetak